Ada apa dengan New Zealand?

New Zealand

New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar yang utama (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan beberapa pulau-pulau kecil yang banyak. Masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud ‘Tanah Berawan Putih Yang Panjang’.

New Zealand terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000 km (1250 batu) di tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji dan Tonga. Disebabkan oleh pengasingannya yang lama, New Zealand mempunyai fauna tersendiri yang didominasi oleh burung, banyak daripadanya telah menjadi pupus selepas ketibaan manusia dan spesies mamalia yang diperkenalkan para peneroka ini.

Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan Eropah dan etnik peribumi Maori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga menjadi kaum minoriti yang signifikan, terutamanya di bandar-bandar besar.

Ratu Elizabeth II sebagai Ratu New Zealand, adalah merupakan ketua negara yang diwakilkan oleh seorang Gabenor-Jeneral berkecuali dalam ketiadaan baginda, yang sendirinya tidak mempunyai apa-apa pengaruh politik di negara ini. Kuasa politik sebenarnya dipegang oleh Parlimen New Zealand yang dipilih secara demokratik di bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan.

10 fakta-fakta menarik tentang New Zealand

1. New Zealand adalah sebahagian dari lingkaran api pasifik. Gunung Ruapehu, yang berada di pulau bahagian utara adalah gunung berapi stratovolcano yang masih aktif di New Zealand. Seluruh wilayah tersebut merupakan pusat volkanik dan pernah terjadi letusan yang besar pada 3000 tahun yang lalu.

2. Orang New Zealand menggelarkan diri mereka adalah Kiwi, yang sudah berlangsung sejak Perang Dunia I, dimana tentara dari New Zealand menggunakan panggilan nama tersebut. Dollar New Zealand juga disebut dengan Kiwi dalam pasaran matawang antarabangsa. Dollar New Zealand bergambar burung kiwi pada satu sisi.

New Zealand

3. Nama tempat yang terpanjang di dunia berada di New Zealand iaitu Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu, sebuah bukit di teluk Hawkes.

4. Wellington adalah ibu kota paling selatan di dunia.

5. New Zealand adalah negara yang kadar korupsinya paling rendah di dunia menurut Corruptions Perception Index.

New Zealand

6. Auckland adalah salah satu kota paling murah di dunia untuk menetap.

7. New Zealand adalah satu-satunya negara yang mempunyai dua lagu kebangsaan, iaitu God Save The Queen dan God Defend New Zealand.

8. Di New Zealand banyak kedai-kedai buku. Ada satu kedai buku untuk setiap 7500 penduduk.

9. New Zealand mempunyai banyak restoran McDonalds.

10. Semua bentuk iklan, promosi, dan sponsor rokok dilarang di New Zealand.

Adakah vaping dibenarkan di New Zealand?

New Zealand

Baru-baru ini, New Zealand telah memperketatkan undang-undang terhadap penggunaan e-rokok. Kerajaan negara telah mencadangkan perubahan undang-undang yang akan menyaksikan penggunaan peranti dan apa-apa produk tembakau tidak tersebar dengan meluas lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak merokok. Ia mugnkin diharamkan di bar, restoran dan tempat kerja, serta memperkenalkan sekatan dan undang-undang mengenai bagaimana mereka boleh dipaparkan di kedai-kedai.

 


 

Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are ONE.

Posted by Ryu Young Min for Eleven Soul.

InfoVape

11soul11soul distributionnew zealandvapevaping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *