Adakah vaping dibenarkan secara sah di Jepun?

japan-2

Vaping sebenarnya tidak menyalahi undang-undang, namun anda perlu untuk tidak vaping sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam (walaupun restoran dan bar di mana merokok biasa dibenarkan) jika peranti anda membuat satu kepulan asap yang besar ia mungkin dianggap boleh mengganggu pelanggan.

Vaping di jalanan juga tidak menyalahi undang-undang, tetapi anda mungkin akan direnung tajam oleh penduduk setempat jika anda melakukannya, terutamanya dari generasi yang lebih tua. Secara amnya lebih baik vaping di tempat yang dikhaskan untuk merokok.

A Vaping Ape Store In Tokyo

Adakah vaping popular di Jepun?

Industri vaping di Jepun masih lagi baru dan tidak sepopular seperti di negara kita. Walaupun tidak popular seperti di luar negara, vaping telah menjadi semakin popular dan telah mula diterima ramai.

 

Bolehkah saya membawa peranti saya di atas kapal terbang?

Apabila melakukan perjalanan, simpan peranti anda dalam beg khas untuk peranti vaping, dan letakkan secara berasingan di atas bekas  dulang dengan  peranti elektronik anda yang lain apabila melalui kastam. Anda juga perlu simpan flavor anda secara kecil-kecilan dalam botol 30ml. Pastikan juga bahawa bateri untuk peranti anda tidak terdedah.

Satu perkara lain yang perlu diingat adalah pelbagai peraturan di lapangan terbang penerbangan anda. Oleh itu pastikan anda menyemak segala peraturan-peraturan yang melibatkan undang-undang lapangan terbang.

Di mana saya boleh mendapatkan peranti vape yang dibuat di Jepun?

Walaupun vaping semakin popular di Jepun, tidak ada banyak syarikat yang membuat peranti itu disana. Ada pun hanyalah peranti dari jenis vape pen. Sekiranya anda berminat untuk melakukan pencarian semasa anda disana, anda boleh menyemak Yokozuna Kit Starter atau Nosmo Pen.

iqos-banner

Apakah Flavour atau E-Liquid yang paling popular di Jepun?

Di Jepun, seperti di banyak negara Asia lain, perisa fruity menthol adalah perisa yang paling popular. Sebaliknya, jika anda berada mencari perisa yang melibatkan creamy dan lain-lain jenis, anda mungkin akan menghadapi kesulitan untuk mencari kerana tidak banyak berada di pasaran atau mingkin tidak ada langsung.

Jenama E-Liquid Jepun yang terbesar ialah Kamikaze E-Juice dan Bi-So. Jenama seperti MK Vape, Ninja Workz, Fusion Juice atau Haight juga popular. Sesetengah E-Liquid mempunyai vitamin atau kafein di dalamnya.


Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are ONE.

Posted by Ryu Young Min for Eleven Soul.

No comment

Leave a Reply