Bolehkah anda bawa Vape Mod ke dalam kapal terbang?

vape mod dalam kapal terbang

Sekiranya anda kerap terbang ke luar negara, maka anda mungkin tertanya-tanya di mana dan bila masa anda boleh menggunakan rokok elektronik anda. Ia sebenarnya agak rumit daripada yang anda fikirkan tetapi bergantung juga kepada ke mana anda pergi.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan serba sedikit tentang peraturan mengenai e-rokok di dalam kapal terbang, lapangan terbang dan juga di sepanjang perjalanan.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh membawa vape anda dengan menyimpan didalam bagasi yang dimasukkan ke dalam kargo tetapi anda tidak dibenarkan untuk letak ke dalam beg atau bagasi yang akan diperiksa oleh pegawai keselamatan lapangan terbang.

vape mod pilot kapal terbangAnda tidak akan dibenarkan untuk menggunakan vape anda sepanjang penerbangan.

Rokok elektronik mengandungi bateri lithium ion dan kemungkinan untuk berlaku kebakaran lebih mudah. Jadi anda perlu pisahkan semua komponen atau matikan peranti rokok elektrik anda sebelum masuk ke dalam kapal terbang dan simpan didalam bagasi.

Anda juga dinasihatkan untuk mengosongkan tangki vape anda kerana perubahan dalam tekanan kabin boleh menyebabkan ia bocor.

Jus Vape adalah sama seperti cecair lain yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Ini bermakna anda tidak boleh membawa jus vape lebih daripada 30 ml.

Segala yang dinyatakan ini adalah mengikut polisi sesetengah syarikat penerbangan. Tetapi perkara asas yang perlu kita patuh adalah seperti yang telah dinyatakan.

Sebaiknya, sebelum kita berangkat ke mana-mana negara, buat sedikit kajian dan belajar serba sedikit tentang undang-undang penerbangan yang anda akan naik dan juga negara yang akan anda pergi.

 

Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are ONE.

Posted by Ryu Young Min for ELEVEN SOUL.

No comment

Leave a Reply