Cara penjagaan tank yang boleh anda guna

innokin-vape-tank-innokin-zlide-vape-tank-by-phil-busardo-and-vapingreek-eleven-soul

Sama ada anda menggelarkan clearomizer atau vape tank, anda harus tahu cara terbaik untuk mendapatkan nikmat yang maksimum daripada pelaburan anda. Di sini kita mempunyai 5 petua mudah untuk menyimpannya selama mungkin.

Sekarang, kita tahu bahawa terdapat banyak vape tank yang berbeza di pasaran. Tidak kira dari jenama apa sekalipun, setiap vape tank dapat diasingkan dan mempunyai komponen komponen yang sama. Kebanyakan vape tank terdiri daripada drip tip, tank body yang terdiri daripada kaca, bahagian atas dan bawah yang memegang segala-galanya, termasuk sistem coil di tempatnya. Itu mungkin sedikit menerangkan secara ringkas, tetapi saya percaya anda mendapat gambarannya.

Kami akan memberikan sedikit tips dan cara paling mudah untuk memastikan tank kegemaran anda terus berfungsi dengan baik dan tahan lama. Luangkan masa seketika dan lihat jika anda terlepas mana-mana langkah ini dalam cara pembersihan dan penjagaan.

 

Vape Bands

Vape Band adalah cincin getah kecil yang diletakkan di sekeliling tank. Dengan hanya meletakkan band pada tank, ini boleh mengelakkan daripada tank lebih cenderung untuk bersentuhan dengan permukaan yang keras dan juga boleh menyebabkan tank retak dan pecah.

Vape band sangat murah dan boleh didapati dalam pelbagai warna dan gaya, banyak yang diletakkan dengan kata-kata positif atau logo syarikat. Walaupun anda mungkin berfikir bahawa band vape bukanlah untuk anda, ingatlah pada masa akan datang anda perlu menggantikan gelas anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

vape band

 

Bersihkan dengan kerap

Apabila menggunakan tank, saya akan basuh dan bilas dengan air sabun yang hangat sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya membersihkan setiap bahagian walaupun saya tidak menukar coil. Walaupun ia kelihatan terlalu berlebihan, saya akan pastikan tiada kotoran atau serpihan untuk masuk ke mana-mana sudut atau celahan.

 

Hati-hati dan selalu periksa

Sekiranya anda melihat ada satu bahagian iaitu getah yang kelihatan mudah koyak, anda perlu periksa keadaan getah itu. Anda sepatutnya mendapat alat ganti apabila anda membeli tank dan penggantian selanjutnya mudah diperolehi. Penebat di bahagian bawah tangki mungkin sedikit lebih bermasalah tetapi kebanyakan syarikat kini menawarkan penggantian dengan bayaran yang kecil.

 

tank vape

 

Adakah anda memasang dengan betul?

Saya dapati ramai vapers, terutama yang baru, mereka akan mengalami masalah kebocoran pada tank mereka. Pastikan anda pasang komponen tank anda pada kedudukan yang betul selepas menukar coil atau mengisi e-liquid.

Pada perkara lain pula, anda juga perlu melihat pada coil anda. Pastikan coil anda di skru dengan ketat supaya tidak berlaku sebarang masalah.

Lagi satu, vacuum seal adalah aspek yang paling penting untuk tank berfungsi dengan baik. Sekiranya ada kelonggaran, tank anda akan mengalami kebocoran dan menyebabkan anda kehilangan jumlah liquid yang banyak.

Ada banyak lagi cara untuk anda menjaga tank dengan cara yang betul. Apa yang penting, anda perlulah sentiasa berdisiplin dalam memastikan tank anda sentiasa berfungsi dengan baik.

 


 

Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are ONE.

Posted by Ryu Young Min for Eleven Soul.

InfoVape

11soul11soul distributione-liquideliquidtankvapevape band

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *