Salt Nic atau Nicotine Salt. Apa sebenarnya dan bagaimana nak menggunakannya?

11SOUL Salt Nic atau Nicotine Salt

Bukan semua orang yang vaping bertujuan untuk mendapatkan nikotin dalam sistem mereka. Sesetengah orang vape tanpa apa-apa nikotin dalam e-jus mereka sama sekali. Tetapi bagi ramai vapers, penetapan nikotin yang ada pada e-jus adalah alasan kukuh mereka lebih-lebih lagi pada mereka yang hendak berhenti merokok.

Berbalik pada tajuk utama, apakah itu Salt Nic atau Nicotine Salt?

11SOUL Salt Nic atau Nicotine Salt - kedai

Salt nic adalah satu bentuk nikotin yang berada dalam daun tembakau dimana ianya tidak seperti nikotin yang berada dalam e-jus biasa. Salt nic merupakan jenis nikotin yang ada komponen organic yang lain dan ianya menghasilkan satu molekul yang stabil dan mantap.

Perbezaan diantara Salt Nic dengan Freebase nicotine adalah dengan adanya “Benzoic Acid”. Fungsi “Benzoic Acid” ini adalah untuk mengawal jumlah Salt Nic yang terhasil didalam e-jus. “Benzoic Acid” juga mampu untuk mengurangkan tahap pH nikotin dimana ia membolehkan e-jus Salt Nic dihisap pada suhu yang rendah.

Jadi sekarang, bagaimana pula untuk menikmati Salt Nic ni? Salt nic dikhaskan untuk digunakan didalam “Pod System”. Pod adalah peranti yang direka khas untuk menghisap Salt Nic e-jus dimana bila kita hisap salt nic menggunakan pod, kita akan dapat throat hit sama seperti kita hisap rokok dimana kita akan rasa puas. Salt nic tidak sesuai digunakan pada mod dan juga tank kerana tahap nikotin yang sangat tinggi dan boleh buat anda sakit tekak.

SMOK-NOVO_800x

Kepada yang hendak berhenti merokok, sangatlah sesuai untuk anda mencuba menggunakan pod dan mengambil Salt Nic yang boleh didapati dengan bermacam-macam perisa.

Jika anda mahu Salt Nic dari Eleven Soul, kami juga ada mengeluarkan edisi Salt Nic yang terdiri daripada fruity dan juga creamy. Sebarang info boleh layari laman hubungi kami dan juga laman sosial kami di facebook dan instagram di bawah:

Facebook: 11SOUL DISTRIBUTION
Instagram: 11SOULDISTRIBUTION

 


Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are ONE.

Posted by Ryu Young Min for Eleven Soul.

2 Comments

  • salam. sy baru isap pod. pod sy nama R3. sy cuma nak tanya ada tak flavor yang tak sejuk dan tak rasa manis? kalau ada boleh bgtau sy flavor apa? terima kasih

    • Leave a Reply