Vaping tu apa?


Vaping atau vape sering dirujuk sebagai wap yang dihasilkan oleh sejenis peranti iaitu sama ada mod atau rokok elektronik. Istilah ini digunakan kerana mod dan rokok elektronik tidak menghasilkan asap tembakau, tetapi sebaliknya suatu asap yang sebenarnya terdiri daripada zarah halus dan tidak berbau seperti asap rokok.

Vaping telah berkembang dan sangat popular & mula diperkenalkan ke pasaran di Amerika Syarikat pada tahun 2007. Peranti Vaping termasuk bukan sahaja mod dan rokok elektronik, tetapi juga vape pen dan pelbagai lagi jenis peranti yang eksklusif dan berpatutan.

vaping tu apaSecara amnya, peranti terdiri daripada corong, bateri, cartridge untuk mengisi e-cecair (e-liquid), dan komponen pemanasan untuk peranti yang dikuasakan oleh bateri. Apabila peranti digunakan, bateri memanas komponen pemanasan, yang membakar kandungan e-cecair dan disedut ke dalam kemudian dihembuskan.

Produk e-cecair biasanya mengandungi propylene, glycol dan glycerine yang berasaskan nikotin, perisa dan bahan-bahan yang lain, tetapi bukan tembakau. Ada pelbagai jenis e-cecair yang berada di pasaran yang terdiri daripada fruity dan juga creamy.

Vaping juga adalah salah satu alternative untuk perokok tegar hendak berhenti menghisap rokok kerana ianya boleh mengurangkan kadar nikotin didalam badan.

Moga maklumat ringkas ini mendatangkan manfaat. Kepada yang baru hendak bermula vaping, anda boleh rujuk kepada vapers yang arif tentang vape dan boleh juga dapatkan apa-apa maklumat dan nasihat dari mereka.

Salam dua jari ke dada.

In SOUL NATION, we are one family.

Posted by Ryu Young Min. For Eleven Soul.

No comment

Leave a Reply